Thursday, November 25, 2010

Panduan & Tips Temuduga



Hi kembali lagi di blog kerjaya Practical3g..
Adakah anda baru habis pengajian di IPTA/IPTS? Sedang mencari kerja yang sesuai?
Pening kepala kerana telah beberapa kali interview namun masih gagal mendapat
sebarang pekerjaan atau tidak dapat fokus kepada sesi temuduga?

Ya saudara/saudari di luar sana, ingatlah kata-kata pepatah "setiap kejayaan memerlukan pengorbanan" dan "setiap pengorbanan memerlukan usaha & perahan keringat" .
sekiranya anda masih gagal setelah berulang kali mencuba untuk berjaya temuduga namun jawapannya masih sama dan anda biasa mendengar "kekosongan jawatan telah diisi"
atau "kami akan menghubungi anda sekiranya anda berjaya" .........namun yang ditunggu tidak juga tiba. Jangan sesekali anda berdukacita atau pasrah kerana "Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya"
Kata pepatah tersebut sangat baik anda gunakan sebagai motivasi diri. Penulis juga pernah melalui banyak sesi temuduga yang sebenarnya sangat bermanfaat dari segi pengalaman dalam menghadapi sesuatu situasi khasnya sesi temuduga.

Di sini ingin dikongsikan sedikit tips yang sangat berguna yang penulis bersetuju berasaskan pengalaman penulis sendiri dan juga penulis eduline-tripod.com.

# Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau memberi salam. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
# Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
# Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
# Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
# Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
# Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
# Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
# Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
# Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
# Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
# Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
# Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
# Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
# Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
# Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.
# Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
# Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
# Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
# Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
# Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
# Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
# Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
# Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
# Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
# Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.

Sekiranya saudara / saudari inginkan tips dan panduan yang lebih lengkap, penulis mencadangkan untuk melihat dan memiliki isi kandungan ebook lulus temuduga manakala sekiranya calon lebih berminat untuk jawatan di sektor awam sahaja
adalah disarankan untuk mendapatkan ebook temuduga kerja di sektor awam
pada pandangan penulis, sekiranya anda telah menghabiskan masa lebih 3 bulan untuk mendapatkan sesuatu jawatan setelah tamat belajar, adalah lebih baik dan wajar mendapatkan panduan daripada mereka yang lebih berpengalaman untuk kebaikan anda pencari kerja. Peluang interview hanya sekali,
jangan biarkan peluang anda direbut orang lain. Usaha itu tangga kejayaan!

Semoga anda sentiasa sukses!
Sekian, berjumpa lagi di lain masa.

Penulis : adminpractical3g.wordpress.com
partner : www.dcfreq.com

Monday, November 15, 2010

Qurban 1431 Hijrah


Pihak Career -Practical3g mengucapkan "Selamat Hari Raya Idul Adha" pada
10 zulhijjah 1431 Hijrah bersamaan 17 Nov 2010 kepada semua umat Islam khasnya di Malaysia.

Apakah pengertian qurban kepada diri anda sendiri, keluarga, masyarakat, negara & agama?
sama-samalah kita hayati prinsip pengorbanan yang sebenar dan hendaklah kita menginsafi diri
kita sendiri serta lihat kembali kepada sirah di zaman Rasulullah S.A.W yang sentiasa berkorban.

jika kita ada kelebihan kewangan dan cukup keperluan, buatlah satu qurban fizikal melalui
qurban daging sembelihan agar diri kita disucikan dan mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya.

Hayati Ibadah Qurban sempena Idul Adha ini. Salam kemaafan dari administrator.